Recents in Beach

Punca Lampu Amaran Enjin Menyala

7 Perkara Yang Anda Patut Tahu Kenapa Lampu Periksa Enjin (Check Engine) Menyala.

               

                 





Lihat pada dashboard kereta anda, lampu isyarat ini berada berdekatan Speedometer. Bila lampu isyarat ini bernyala, bermakna ada sesuatu pada bahagian enjin kereta anda mengalami masalah atau memerlukan perhatian. Kita patut mulakan pemeriksaan dengan perkara yang paling mudah.


PUNCA PERTAMA

Palam Pencucuh (Spark Plug) 

Palam Pencucuh atau Spark Plug adalah punca utama bermulanya pembakaran dalam enjin. Spark Plug menghasilkan percikan api untuk memulakan pembakaran. Ada spesifikasi 
tertentu pada mata elektrod dan tip Spark Plug yang membantu menghasilkan kualiti pembakaran dalam enjin. Sebagai contoh: Jenis Iridium dapat bertahan sehingga 100,000km (guna hingga 80,000km sahaja). Apinya lebih besar dan stabil. 
                              

                                        Image result for iridium spark plugs
      

Antara masalah yang biasa dihadapi ialah kereta susah untuk dihidupkan. Mungkin terdapat banyak karbon/ kotoran pada tip. Atau juga tip sudah semakin pendek. Maka Spark Plug 
wajar ditukar.


PUNCA KEDUA

Kabel Palam Pencucuh (Spark Plug Cable)

Kerana ia berada rapat dengan Palam Pencucuh, maka ia adalah perkara yang harus 
diperiksa seterusnya. Kabel Palam Pencucuh juga mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Setiap material dan saiz kabel memberikan kualiti penghidupan api yang berbeza. Kabel yang sudah terlalu tua atau keras wajar ditukar.
                                        

                                             Image result for spark plugs cable


PUNCA KETIGA

Mass Air Flow Sensor (MAFS)

Fungsi MAFS adalah untuk mengukur kuantiti kemasukkan udara luar kedalam enjin kereta. MAFS boleh dicuci dengan semburan (spray) pencuci yang sesuai.


Image result for maf sensor      Image result for maf sensor


Jika tidak dibersihkan, ia akan memberikan isyarat yang salah kepada ECU dan akhirnya merosakkan Throttle Body. Ia juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah komponen 
yang lain.
 

PUNCA KEEMPAT

Throttle Body 

Throttle Body adalah tempat kawalan kemasukan angin dari luar yang melalui Penapis Angin 
(Air Filter). Bentuknya bulat dan mempunyai 'sayap' seperti pintu. Berdekatan dengan Throttle Body ialah MAFS. Kerana udara luar yang kotor melaluinya setiap kali memandu, maka 
kotoran mudah terlekat pada dalamannya.



    Image result for mass air flow sensor                        Image result for THROTTLE BODY

                                               
                                                    Image result for THROTTLE BODY


Bila ruang Throttle Body dipenuhi dengan kotoran/ habuk, maka udara yang disalur kedalam enjin juga berkurangan. Pembakaran dalam enjin tidak sempurna dan prestasi kereta menurun. Secara automatik penggunaan minyak petrol pasti meningkat. Throttle Body juga boleh dibersihkan dengan menggunakan semburan pembersih yang sesuai. Ada juga bengkel yang mengambil upah servis bersihkan Throttle Body. Unit ini akan dibuka dan dicuci sepenuhnya agar lebih bersih. 


PUNCA KELIMA

Penutup Tangki Minyak

Ya benar! Nampak mudah bukan. Tapi fungsinya amat penting. Tugasnya memastikan tekanan udara dalam tangki dan gas hidrokarbon tidak keluar.


                                  Image result for car fuel cap


Jika penutup gas (fuel cap) ini rosak, maka minyak petrol/ diesel lebih mudah tersejat ke udara luar. Pastinya 
kerugian dari segi penggunaan petrol akan berlaku.


PUNCA KEENAM 

Catalytic Converter

Unit ini terletak dibawah kereta dan menjadi sebahagian dari salur paip ekzos. Ia juga 
dikenali sebagai'Tabung' bagi peminat modifikasi ekzos. Fungsi utama Catalytic Converter 
ialah untuk menyelamatkan alam sekitar. Ia bertindak menukar Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida.


                                  catalytic converter, ekzos, exhaust, environment, petrol, diesel, dirty
                           
                           

Jika tidak digantikan, maka alam sekitar akan menjadi kotor dan tercemar. Ini amat membahayakan kesihatan. Suhu kenderaan juga meningkat, penggunaan petrol juga 
meningkat.


PUNCA KETUJUH

Oxygen Sensor (Sensor Oksigen) 

Setelah kenderaan semakin berusia, Sensor Oksigen mula mengumpulkan banyak habuk 
dan kotoran. Kotoran ini menghalang bacaan sebenar oksigen, maka isyarat yang dihantar kepada ECU juga salah. Tugas utama sensor ini ialah untuk mengukur tahap oksigen yang 
tidak terbakar sebelum dilepaskan keluar dari ekzos. Terletak selepas Catalytic Converter menuju kepelepasan asap ekzos.
                       
                    Image result for oxygen sensor


Kerosakan pada Catalytic Converter bakal berlaku jika ia tidak digantikan. Penggunaan petrol juga pasti meningkat. 

Catat Ulasan

62 Ulasan

Unknown berkata…
maksud tuan nak guna untuk enjin diesel? ya bole guna juga tuan..petrol dan diesel sesuai..takde masalah..
Fazurah berkata…
bukan expert susah faham cikit..
Nor Hatini berkata…
Dulu saya mengalami masalah enjin, jadi bagi workshop tolong tengok apa masalah enjin kereta saya. lepas tu dia cuma tolong saya tukar minyak kereta, yang benda penting tu tak ada masalah, saya pun rasa nasib baik sahaja...
Karimah berkata…
mungkin masalah minyak kereta tak sesuai, jadi enjin tu macam tak dapat berfungsi dengan baik. Sekarang macam banyak minyak kereta cuma fokus kereta tertentu sahaja, kalau tukar lain, kereta jadi pelik-pelik
Unknown berkata…
Aku cadangkan pakai Shell helix ultra jika mampu, sebab aku rasa tahan engine panas dan minyak x kotor sgt... mcm ni engine blh tahan lama sedikit... apa you org rasa?
Ali Sahir berkata…
@Ku Gilala keta ko pakai skrg?yg helix ultra ni keta ape pun sesuai ke?aku pkai Axia je, blh gune tak?
Unknown berkata…
bukan semua orang faham pun, jika lampu itu masih nyala, hantar ke workshop dan check, senang bagi kita orang
Unknown berkata…
axia nk pakai helix ultra, rugi je la, helix ultra mahal, cc axia pun rendah, x dapat rasa apa2, helix untra ni bagi kereta tinggi cc
Bravoo berkata…
axia ko pakai engin tinggi horsepower ke? jika engin axia, x yah kasi helix ultra, helix ultra ni memang bagi keta mcm honda civir, cc2.0 ke atas...
Unknown berkata…
tapi aku rasa shell helix ultra mahal sikit compare dengan shell helix hx7, walaupun shell helix ultra ni akan tahan engin panas dan minyak x kotor sangat, tapi selain dari tu, engine tidak dapat perform tinggi sebab tidak sesuai sangat
Karimah berkata…
@ali sahir nak guna jenama perdua balik tak? atau nak pergi lazada atau shopee tengok, hari ini ada promotion 11/11... haha
Nor Hatini berkata…
kamu cakap lazada shell official store ke? saya cadang helix HX7, dapat meningkat daya tahandan bersihkan enjin kereta... cuba lah!!
Nor Hatini berkata…
minyak kereta pun ada effect banyak kan? lain kali kena tengok betul-betul baru beli dan isi dalam enjin.
Masalah Enjin berkata…
maksud tuan sama ada minyak ini sesuai utk enjin petrol atau diesel kan?
ya sebenarnya memang minyak JV Auto ini sesuai utk kedua-dua jenis enjin.
Masalah Enjin berkata…
shell helix minyak yg bagus dan mencapai standard yg diperlukan. tapi Platinum Oil lebih baik kerana 3 perkara utama:

1. boleh tahan sehingga 15 ribu km - jimat wang
2. sudah siap Additive - untung tak perlu tambah wang beli Additive
3. ada ZFT - mengurangkan faktor geseran+enjin tahan lama+jimat petrol
Masalah Enjin berkata…
hehe saya faham pandangan @Fazurah..teknikal ni memang susah skit
Masalah Enjin berkata…
@Karimah shopping apa today kat Lazada 11/11? macam best jer..
Fariza berkata…
@Masalah GearBox didn't try other brand before, normally go for the workshop they always recommend shell to me..can you share more about the different on it
Tanpa Nama berkata…
i think they want to promote something that is 'more value added' with the same cost.
Masalah Enjin berkata…
@Fariza Isma different nya seperti more mileage..15000 km ..so dah jimat kat maintenance.

pastu ZFT molekul 9micron yg halus..buat geseran dalam enjin jadi sangat kurang, minyak biasa dimarket takde benda ni.bila kurang geseran enjin jadi sgt lancar..petrol jadi sgt jimat

loren berkata…
Adakah kerosakan pada catalytic converter akan mngggu pejalanan kereta
zul berkata…
assalam bosku... reverse sensor rosak ada kaitan x dgn indicator check engine menyala dekat deskboard???
Unknown berkata…
Asslm klu lampu enjin menyala bermakna gearbox rosak ke... sebb bila lepas tukar gear... bila tekan minyak bunyi broom tapi xmau jalan.. tapi lepastu jln semula.. nti bila ada traffic light jadi semula
Unknown berkata…
Kalau soket longgat pon jadi punca jgk ke
Masalah Enjin berkata…
reverse sensor hanya untuk membantu kereta dari melanggar objek. dia tak termasuk dalam sensor "check engine".
Masalah Enjin berkata…
wsalam boss...

indikator atau simbol "cek enjin" hanya untuk bahagian enjin. kalau gearbox ada masalah sensor atau elektronik, simbol "AT" akan menyala..ni utk kereta auto
Masalah Enjin berkata…
ya ada kemungkinan, bole jadi punca..
zaianl berkata…
selepas tukar speedomeeter dari wira 1.5 SE ke sepeedometer 1.6/1.8 wira .check engine akan keluar apabila kelajuan 110-120km/j....ad kaitan ke ?
..ke ada masalah lain. tuan
tadin berkata…
Lepas basuh enjin, lampu check enjin menyala.. kereta sya jadi semput & speedometer tak funtion then sya dh tular sensor halfcut back to normal. Sebelum ni mmg penah basuh enjin tp tak pernah jd mcmni. Seminggu lepas tu hujan sgt lebat lampu check enjin sya menyala. Tp esoknya lampu padam.smpai sekarang ok. Boleh tn bagi pandangan. Tq
Snow berkata…
Lampu muncul lps langgar air semasa hujan lebat. Apa perlu saya lakukan? Perlu bawak g bengkel ke?
Unknown berkata…
Lampu check engine menyala terus,kenapa uea
Unknown berkata…
Kadang2 lampu O/D Off menyala sendiri,pastu padam sendiri,kereta hyundai getz
Unknown berkata…
Lampu check enjin menyala tidak padam macam mana untuk memadamnya
Tqa zainall tqa berkata…
Kereta saya baru shj on symbol enjin, selepas hujan lebat Dan saya terpaksa lalu takungan air banjir d usj. Namun half Tayar shj, kereta bezza metallic cc 1.0 tahun 2016. Selepas itu berjalan kembali tiada bunyi apa apa pd kereta. Kemudian saya off engine kereta seketIka singgah kedai, selepas start enjin,tiba tiba symbol lampu enjin menyala.. Apakah perlu ke workshop ,mohon pencerahan. Buntuu sangat
Unknown berkata…
Kene check di workshop.. mungkin ekzos sensor masuk air.. part elektronik mmg sensitif dgn air
Unknown berkata…
Kalau conveter x bersambung bolehenyebabkan tidak hidup engin ker
Ariel berkata…
Salam tuan kalau plug rosak atau baru2 nak start rosak ..engine light menyala ke?minta pencerahan
suspek ada short tu..kalau cuci enjin kita kena cover part2 sensitive kat enjin dengan plastik.. macam sensor2, fius box, ECU, bateri, plug coil, distributor, altenator, injector, electronic part kat thorttlebody dll..kalau anda bernasib baik, air dah kering signal cek enjin juga hilang..
tak pasti..kena cek lanjut tuan takut ada short ke/ salah wiring etc..
kalau takde apa2 simptom masalah, kasi enjin kereta kering dahulu..
lampu cek enjin ni related dgn pelbagai komponen dan sensor, dia tak specific, kalau ada lampu cek enjin kena la cek satu persatu..
AZHARI HAJI AHMAD berkata…
Salam Sejahtera..saya ada masalah selepas cuci turtle body persona 2012 ,bila start INJIN jadi semput, adakah masalah itu berpunca dari CABLE plug..ECU..ECM...OKYGEN SENSOR...ADAKAH DI PERLUKAN " DIAGNOSIS SCANNER DULU BETUL2 BOLEH KESAN MANA YG ROSAK ?...
Unknown berkata…
Klau utk kete viva lampu check enjin nyala rpm terus jadi naik.. blh sy thu punca apa ya?
shell helix ok..tapi di market ada produk yg siap additif dan harga murah..boleh jaga enjin dgn lebih baik
ada beberapa kemungkinan..kena cek lanjut dibengkel,elok scan juga
kena cek dulu enjin apa masalah sebenar, elok diagnostic scan. ada juga kes selepas beberapa hari lampu cek enjin hilang sendiri..pelbagai kemungkinan
spark plug kotor atau rosak tidak menyebabkan lampu enjin menyala..spark plug rosak akan membuat enjin susah nak start kerana pencetus api dah terlalu halus
mungkin bahagian sensor elektronik basah. kalau nasib tidak baik dia akan rosak sebab short dan terpaksa tukar. cable plug+ecu+ecm takde masalah
Jt berkata…
hi awk..maaf nak tanya..baru ptg tadi tgh drive ttbe lampu enjin mdan AT menyala..sy benti tgh jalan dan try off enjin..bile start enjin senang je..tp msih menyala..lampu AT JE berkelip..lampu enjin tak..konon na minta towing ambil..tgh tggu towing tetiba hilang da lampu enjin dan AT..tp sy teruskan drive smpai bengkel..dorg diagnos punca tp ta dpt kesan ppe problem dkt gearbox dan enjin..hnye de barcode di stering je dan org bgkel tuh resetkan je..then sy drive pulang rumah..jadi, sy na tanya, kemungkinan untuk menyala blk akan de ke? risau pulak na bwk kete axia kluar untuk urusan kerja
Unknown berkata…
Asslm..Sy Kte Myvi..Bru je jd naik simbol enjin xmau padam lgsg..xtaw Sb apa
Unknown berkata…
Selamat petang..saya punya kereta hilux Revo..tadi masa nak start keluar tanda check engine...dan tak dapat start..boleh bagitahu macamana ..apa harus buat
Tanpa Nama berkata…
Salam sejahtera..sdikit prtanyaan tntang perdana bila start tk idup ktika lmpu chek engine nyala tk mahu pdam bila on suis..kdg2 sja brlaku.biasa akn padam bila on suis start pun mudah..mohon perkongsian dari tuan.tma kasih
maaf lambat reply. lampu AT ni khusus utk sistem gearbox. terbaik cik pergi scan dibengkel, mesin pengimbas akan beritahu part mana disyaki ada masalah. ya benar, simbol AT ni boleh hilang secara tiba-tiba walaupon tak buat apa2 repair. ada baiknya monitor dulu beberapa hari utk pastikan benar2 ada masalah atau tidak.
wsalam tuan..kalau tak hilang simbol Cek Enjin tu tuan kena gi bengkel..mekanik akan cek detail, maybe mereka akan scan juga.
maaf lambat reply ya tuan..saya yakin masalah ni dah solve by now...terima kasih tuan.
kena bawa gi bengkel boss..susah nak dipastikan apa masalahnya tanpa cek secara fizikal, ataupon dgn bantuan scanner. terima kasih boss.
Baby ayyan berkata…
Kalau lmpu cek engine ni menyala,ade kaitan ke dgn bateri kereta dah lemah?
Biasanya Logo atau Lampu Cek Enjin menyala tiada kaitan dengan bateri lemah.
saya manusia berkata…
salam tuan, kenapa ye kereta saya kalau bawak lebih 100km/h je lampu enjin pasti akan menyala terus tidak terpadam selagi kereta tak matikan enjin. selepas matikan enjin dan hidupkan semula, lampu enjin tu dah tak keluar. mohon pencerahan tuan