7 Perkara Yang Anda Patut Tahu Kenapa Lampu Periksa Enjin (Check Engine) Menyala.

               

                 





Lihat pada dashboard kereta anda, lampu isyarat ini berada berdekatan Speedometer. Bila lampu isyarat ini bernyala, bermakna ada sesuatu pada bahagian enjin kereta anda mengalami masalah atau memerlukan perhatian. Kita patut mulakan pemeriksaan dengan perkara yang paling mudah.


PUNCA PERTAMA

Palam Pencucuh (Spark Plug) 

Palam Pencucuh atau Spark Plug adalah punca utama bermulanya pembakaran dalam enjin. Spark Plug menghasilkan percikan api untuk memulakan pembakaran. Ada spesifikasi 
tertentu pada mata elektrod dan tip Spark Plug yang membantu menghasilkan kualiti pembakaran dalam enjin. Sebagai contoh: Jenis Iridium dapat bertahan sehingga 100,000km (guna hingga 80,000km sahaja). Apinya lebih besar dan stabil. 
                              

                                        Image result for iridium spark plugs
      

Antara masalah yang biasa dihadapi ialah kereta susah untuk dihidupkan. Mungkin terdapat banyak karbon/ kotoran pada tip. Atau juga tip sudah semakin pendek. Maka Spark Plug 
wajar ditukar.


PUNCA KEDUA

Kabel Palam Pencucuh (Spark Plug Cable)

Kerana ia berada rapat dengan Palam Pencucuh, maka ia adalah perkara yang harus 
diperiksa seterusnya. Kabel Palam Pencucuh juga mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Setiap material dan saiz kabel memberikan kualiti penghidupan api yang berbeza. Kabel yang sudah terlalu tua atau keras wajar ditukar.
                                        

                                             Image result for spark plugs cable


PUNCA KETIGA

Mass Air Flow Sensor (MAFS)

Fungsi MAFS adalah untuk mengukur kuantiti kemasukkan udara luar kedalam enjin kereta. MAFS boleh dicuci dengan semburan (spray) pencuci yang sesuai.


Image result for maf sensor      Image result for maf sensor


Jika tidak dibersihkan, ia akan memberikan isyarat yang salah kepada ECU dan akhirnya merosakkan Throttle Body. Ia juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah komponen 
yang lain.
 

PUNCA KEEMPAT

Throttle Body 

Throttle Body adalah tempat kawalan kemasukan angin dari luar yang melalui Penapis Angin 
(Air Filter). Bentuknya bulat dan mempunyai 'sayap' seperti pintu. Berdekatan dengan Throttle Body ialah MAFS. Kerana udara luar yang kotor melaluinya setiap kali memandu, maka 
kotoran mudah terlekat pada dalamannya.



    Image result for mass air flow sensor                        Image result for THROTTLE BODY

                                               
                                                    Image result for THROTTLE BODY


Bila ruang Throttle Body dipenuhi dengan kotoran/ habuk, maka udara yang disalur kedalam enjin juga berkurangan. Pembakaran dalam enjin tidak sempurna dan prestasi kereta menurun. Secara automatik penggunaan minyak petrol pasti meningkat. Throttle Body juga boleh dibersihkan dengan menggunakan semburan pembersih yang sesuai. Ada juga bengkel yang mengambil upah servis bersihkan Throttle Body. Unit ini akan dibuka dan dicuci sepenuhnya agar lebih bersih. 


PUNCA KELIMA

Penutup Tangki Minyak

Ya benar! Nampak mudah bukan. Tapi fungsinya amat penting. Tugasnya memastikan tekanan udara dalam tangki dan gas hidrokarbon tidak keluar.


                                  Image result for car fuel cap


Jika penutup gas (fuel cap) ini rosak, maka minyak petrol/ diesel lebih mudah tersejat ke udara luar. Pastinya 
kerugian dari segi penggunaan petrol akan berlaku.


PUNCA KEENAM 

Catalytic Converter

Unit ini terletak dibawah kereta dan menjadi sebahagian dari salur paip ekzos. Ia juga 
dikenali sebagai'Tabung' bagi peminat modifikasi ekzos. Fungsi utama Catalytic Converter 
ialah untuk menyelamatkan alam sekitar. Ia bertindak menukar Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida.


                                  catalytic converter, ekzos, exhaust, environment, petrol, diesel, dirty
                           
                           

Jika tidak digantikan, maka alam sekitar akan menjadi kotor dan tercemar. Ini amat membahayakan kesihatan. Suhu kenderaan juga meningkat, penggunaan petrol juga 
meningkat.


PUNCA KETUJUH

Oxygen Sensor (Sensor Oksigen) 

Setelah kenderaan semakin berusia, Sensor Oksigen mula mengumpulkan banyak habuk 
dan kotoran. Kotoran ini menghalang bacaan sebenar oksigen, maka isyarat yang dihantar kepada ECU juga salah. Tugas utama sensor ini ialah untuk mengukur tahap oksigen yang 
tidak terbakar sebelum dilepaskan keluar dari ekzos. Terletak selepas Catalytic Converter menuju kepelepasan asap ekzos.
                       
                    Image result for oxygen sensor


Kerosakan pada Catalytic Converter bakal berlaku jika ia tidak digantikan. Penggunaan petrol juga pasti meningkat.