Recents in Beach

Cara Tukar Nama Pemilik Motorsikal

 Assalam kepada semua pelanggan yang dihormati.

Baru - baru ini admin berkesempatan membuat satu proses jual/ beli motorsikal skuter kesayangan dengan seorang pelanggan dari Kuantan, Pahang. Beliau telah membuat bayaran penuh dan membawa pulang motorsikal ke Kuantan pada hari yang sama. Proses tukar nama pemilik dilakukan pada hari esoknya.

Berikut adalah cara tukar nama pemilik motorsikal yang dilalui di JPJ Wangsa Maju, KL.



Bengkel Kereta Batu Caves

JPJ Malaysia


Cara tukar nama kepada pemilik baru sebenarnya sangat mudah. Berikut adalah langkah - langkah yang harus dilalui:

1. Pastikan pembeli telah membuat keputusan muktamad untuk membeli motor tersebut. Jualan motorsikal tidak perlu pemeriksaan PUSPAKOM.

2. Pembeli boleh membuat booking dahulu sebagai tanda setuju. Namun pembeli sebaiknya melangsaikan segala baki tertunggak dari harga yang dipersetujui sebelum proses tukar nama dimulakan.

3. Penjual pergi ke cawangan JPJ dan boleh mula mengisikan: 

4. Atau penjual dan pembeli juga boleh isikan borang ini dirumah sebelum hadir ke cawangan JPJ.

5. Selepas selesai mengisi borang, pergi ke kaunter JPJ Pintu 2 (Tingkat 1, Blok Depan) untuk urusan penukaran nama oleh individu. Kalau Pintu 5 (Tingkat 1, Blok Belakang) untuk urusan tukar nama melalui syarikat.

6. Penjual/ pembeli perlu download JPJeQ. Ini adalah aplikasi terbaru dari JPJ. Gunakan aplikasi ini untuk scan QR kod di kaunter pertanyaan untuk mengambil nombor giliran.




Aplikasi JPJeQ


7. Setelah nombor giliran anda dipanggil, berikan IC (kad pengenalan) untuk pengesahan cap jari. Nombor IC penjual dan pembeli akan disemak.

8. Selepas itu pihak JPJ akan memberikan satu slip Rujukan Tukar Hak Milik. Disitu ada maklumat penjual dan pembeli.



Slip Rujukan Tukar Hak Milik


9. Penjual boleh memberi tahu kepada pembeli yang mereka boleh terus pergi ke cawangan JPJ terdekat untuk mendapatkan geran motorsikal yang baru sebagai bukti hak milik motorsikal telah pon berpindah. Pembeli boleh mengambil geran ini dalam tempoh 7 hari dari tarikh penjual membatalkan hak milik mereka. Cas RM3.00 akan dikenakan oleh JPJ untuk mendapatkan geran tersebut. Murah saja.

10. Pembeli kena hidupkan insurans dan road tax yang baru dulu ya. Kerana pemilik sudah pon bertukar maka pelindungan insurans juga sepatutnya bertukar.

11. Simple saja. Selamat mencuba!

(Kalau anda suka info ini, sila Catat Ulasan dibawah)

Catat Ulasan

23 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
pemilik asal tak perlu bawa geran ke jpj semasa isi borang pindah hak milik?
Tanpa Nama berkata…
tak perlu..just isi no ic owner baru je
Tanpa Nama berkata…
Tukar nama kena bayaran tak?
Tanpa Nama berkata…
Borang xleh download
Tanpa Nama berkata…
Jika owner lama roadtax dan insuran mati, boleh tukar nama ke?
Tanpa Nama berkata…
jika geran masih ada " hak milik dituntut " , masih boleh tukar nama ikut prosese prosedur di atas ke tuan ?
OK kami dah masukan link yg baru..terima kasih tuan
Road tax mati takpe masih boleh tukar nama. Tapi kalau dah 3 tahun tak renew, kena buat inspection Puspakom sebelum tukar nama.
Tanpa Nama berkata…
nak tanya jika tuka nama motosikal takperlu pi puspakom spt kereta kan.jadi jika onwer da tuka nama tp insurans tak boleh buat.sbb jpj kata kena owner batalkan..jadi kena puspakom
Tanpa Nama berkata…
maaf mncelah, roadtex moto lbh 3 mati, nak cek motor tu yg sebenarnya dimana? dipuspakom kah, dikaunter jpj kah, di hq jpj kah, di stesen timbang jpj kah? tlg beritahu yg pasti!
Tanpa Nama berkata…
saya buat insuran semalam, kerani tu dengan pastinya suruh saya g stesen timbang jpj utk cek. boleh ka?
Tanpa Nama berkata…
Jika mahu tukar nama pemilik, tetapi motosikal dalam proses restore boleh ke?cukai jalan dah expired lama.
Tanpa Nama berkata…
Kalau tukar nama motosikal harus d bawah ka Puspakom ka tuan
Tanpa Nama berkata…
Nak tanye,kalau tukar nama motosikal perlu bawa owner sekali atau pun just ambil borang than hantar balit ke?
Aishadzli berkata…
Pengalam sy tukar nama motor (pembeli)..tk pyh bawa owner..cuma bawa geran ori dengan roadtax je
Tanpa Nama berkata…
Can with out the owner ?
Tidak wajib bawa ke Puspakom kalau bawah 3 tahun..tapi lepas 3 tahun tak renew road tax baru kena inspection semula kat Puspakom. Kalau tak mahir dengan urusan JPJ dan Puspakom jangan risau, ada runner boleh bantu.
Kalau ada melibatkan urusan Puspakom, restore dulu kasi siap. Dah siap baru gi Puspakom inspection. Mereka memang nak tengok fizikal motor. Contoh kalau ekzos dah modified jadi bising, maka tak lulus inspection. Kena buat semula.
Maksud tuan dah 3 tahun road tax mati ya? OK kalau camtu kena gi Puspakom. Di KL Puspakom dan JPJ ni bersebelahan saja. kat tempat lain saya tak pasti. Patutnya sebelah2 juga la sebab senang nak berurusan..
Kalau tukar nama gi JPJ saja. Tapi kalau road tax dah mati 3 tahun kena gi Puspakom kasi cek dulu. Dah lulus baru sambung tukar nama.
Tanpa Nama berkata…
Saya mahu bertanya jika tukar nama perlukah saya buat pekeriksaan puspakom dahulu?
Tanpa Nama berkata…
Salam nak tanya pembeli kena bawa geran asal ke utk print geran baru?