Recents in Beach

Cara Menukar Penapis Kabin Air Con Kereta

Sistem air con (penghawa dingin) anda berjalan dengan baik tetapi masih terasa panas didalam kereta walaupun air con telah dihidupkan? 

Apakah yang patut anda lakukan? 

Jom kita baca maklumat dibawah untuk mengatasi masalah udara panas didalam kereta. 

Sistem air con kereta mempunyai "penapis kabin" didalam saluran udara. Fungsi utama penapis kabin ialah untuk menghalang segala kotoran dari luar masuk kedalam ruang pemanduan dan penumpang kereta. Pasti kita tidak mahu kereta kita dalam keadaan berhabuk dan berbau. Material yang biasa digunakan untuk penapis kabin adalah sejenis bahan seperti kertas atau bebenang fiber halus. Material ini nipis dan berlapis - lapis. Ini supaya segala habuk dapat dihalang dengan mudah sambil membenarkan angin sejuk tembus melaluinya. Penapis kabin juga ada didatangi dengan material karbon sebagai tambahan. Ia digunakan untuk menyahbuang atau meneutralkan bau busuk/asap yang datang bersama dari udara luar. 


Bengkel Kereta Batu Caves    Bengkel Kereta Batu Caves



Penapis Kabin yang bersih



Penapis kabin akan menjadi kotor setelah beberapa lama menapis udara luar. Bila telah kotor, daki yang melekat dipenapis kabin menjadi tebal. Inilah punca utama kenapa kereta masih terasa panas walaupun air con telah dihidupkan. Angin sejuk terhalang dipenapis kabin yang berdaki.




Penapis Kabin yang kotor

                                                   
                                                               

Kebiasannya penapis kabin ditukar pada setiap 30,000km - 40,000km perjalanan. 

Penapis kabin juga biasanya berada didalam dashboard kenderaan dibelakang glove compartment (bergantung pada model kenderaan).

Cara membersihkan Penapis Kabin

1. Anda harus keluarkan penapis kabin dari saluran udara jadi anda kena tanggalkan glove compartment dari dashboard. Sebenarnya kerja ini tidak susah, tapi mungkin sedikit mencabar bagi mereka yang tidak pernah melakukannya.





Membuka Glove Compartment


2. Setelah berjaya menanggalkan penutup glove compartment tadi, anda pasti akan nampak penapis kabin. Keluarkan penapis tersebut dan lihat kondisi penapis kabin itu. Biasanya jika pemanduan kereta sekitar 10,000km, keadaan penapis kabin masih agak bersih. 




Menilai kondisi penapis kabin


3. Jika kondisi penapis kabin sudah kotor, anda boleh gunakan air-gun/ blower untuk membersihkan penapis kabin tersebut. Jika tiada air-gun/ blower, anda boleh gunakan vacuum cleaner untuk menyedut segala kotoran yang berada dipermukaan penapis kabin.





Pembersihan penapis kabin


4. Terdapat dipasaran kabin filter berkualiti premium. Anda boleh menggunakan semula kabin filter untuk tempoh yang panjang. Kos belian agak mahal tapi untung dalam tempoh yang panjang. Penapis kabin ini biasanya boleh dicuci dengan bahan pencuci khas.



Penapis kabin berkualiti premium


5. Setelah dibersihkan, masukan semula kedalam bekas saluran angin dan pasang semula penutup glove compartment yang dibuka tadi. 

6. Tapi jika kondisi penapis kabin tadi sudah hitam dan terlalu tebal dakinya, maka adalah lebih baik tukar yang baru sahaja. Anda boleh beli penapis kabin dikedai aksesori atau bengkel kereta.

OK kerja anda sudah selesai. Boleh hidupkan enjin kereta dan air con, anda pasti akan dapat rasakan perbezaannya.

Anda juga boleh datang ke bengkel kami jika ingin buat servis air con. Klik Google Maps dibawah:

Lokasi Bengkel Dryv Malaysia


Semoga berjaya!

Catat Ulasan

0 Ulasan