Jika anda jarang membuat penukaran coolant bila sudah tiba masanya, radiator akan mudah rosak. Ini kerana coolant yang lama sudah mula tercemar atau pon sudah expired. Fungsi sebagai bahan penyejuk sudah lemah dan akhirnya menjadi masalah pula kepada radiator. Daki karat mula terhasil dan menjadikan air/ cooolant didalam radiator berwarna kuning seperti tanah lumpur.
Anda boleh periksa sendiri keadaan dalaman radiator ini. Anda cuma perlua matikan enjin kereta dan biarkan suhu radiator turun sedikit dalam 5 - 10 minit. Buka penutup radiator perlahan - lahan dan lihat kondisi air/ coolant dilubang pentup radiator itu. Jika berwarna kuning seperti lumpur, anda haruslah membuat servis radiator dengan segera. Cuci dan flush radiator dan masukkan coolant yang baru. Tapi jika warna masih hijau (biasanya) maka, kondisi dalaman radiator masih bersih dan OK.
1 Ulasan