Ok kita share sedikit foto dan kerja rutin kami di bengkel Dryv.
Kereta jenis Perodua Viva.
Pelanggan datang untuk buat servis biasa. Ambil peluang untuk membuat pemeriksaan tentang sistem pengendalian yang tidak selesa ketika memandu. Setelah diperiksa didapati Steering Rack sudah rosak.
Beberapa tips mengesan masalah pada steering rack:
👉Bunyi "dug dag dug dag" yang kuat dibahagian kaki ketika memandu
👉Kebocoran/koyak pada rack end boot (nampak kesan minyak)
👉Steering rasa berat sebelah kiri/ kanan ketika mengambil selekoh
👉Steering tersentap kekiri/ kekanan secara tiba - tiba semasa memandu
👉Steering banyak Free Play (rasa kosong/ringan)
Sistem hawa dingin juga tidak sejuk. So kami cek bahagian - bahagian yang terkait dengan isu yang dinyatakan.
Allhamdulilah semua selesai dengan baik. Pelanggan puas hati. Pemanduan lebih selamat dan sempurna.
Engine oil
Steering rack
Air cond system
0 Ulasan