Recents in Beach

Tukar Compressor dan Condensor Coil Perodua Kelisa


Refill gas Air Cond Perodua Kelisa
Refill gas Air Cond Perodua Kelisa

Sebenarnya tugas hari ini bukan sekadar servis sistem Air Cond, tetapi hari ini kami juga terpaksa tukar part yang dah rosak iaitu Compressor dan Condensor Coil. Barang - barang ni bila dah lama digunakan memang akan rosak dan wajar la ditukar. Ini juga antara punca utama kenapa air cond dalam kereta tidak sejuk.

Sebelum menukar bahagian yang rosak, ada baiknya pelanggan ambil maklum beberapa perkara dahulu. Ini supaya mereka tidak mudah ditipu atau dipaksa menukar barang yang sebenarnya tidak bermasalah. 

Cuba cek perkara - perkara ini:

👉 Kipas radiator bergerak perlahan atau langsung tidak berfungsi - ada angin tapi tidak sejuk dan ini boleh menyebabkan overheat

👉 Fuse air cond compressor putus - air cond tidak berfungsi

👉 Magnetic clutch rosak - ada angin tapi tidak sejuk

👉 Radiator tidak lancar/ tersumbat

👉 Relay bermasalah



Compressor dan Condensor Coil Perodua Kelisa
Cabut Condensor Coil dan Compressor Perodua Kelisa


Condensor Coil dan Compressor Perodua Kelisa
Condensor Coil dan Compressor Perodua Kelisa yang rosak


Compressor Perodua Kelisa
Compressor Perodua Kelisa baru


Condensor Coil Perodua Kelisa
Condensor Coil Perodua Kelisa baru


Lepas tukar semua part yang rosak, kita isi semula gas Air Cond. Cek semula pejalanan sistem air cond, jika semua stabil dan sejuk maka kerja sudah siap! Baru senang hati pelanggan menggunakan kenderaan.

Catat Ulasan

0 Ulasan