Had Kelajuan Tayar
Hari ini kita nak kongsikan sedikit info yang berguna pasal tayar kenderaan.
Anda selalu menukar tayar bila bunganya sudah habis atau haus. Tetapi adakah anda tahu tayar yang anda beli itu boleh digunakan pada tahap kelajuan yang bagaimana?
Ya benar, bukan semua tayar boleh dibawa dengan terlalu laju. Kekuatan kandungan getah, reka bentuk dan ketahanannya juga memainkan peranan penting dalam pemilihan sesebuah tayar.
Selalu bila membeli tayar kita cuma periksa corak bunga tayar, cek saiz lebar dan tinggi sahaja. Jom kita cek pula kekuatan kelajuan maksimum sesebuah tayar. Sila lihat carta dibawah:
N - untuk kelajuan maksimum 140km/sejam
P - untuk kelajuan maksimum 150km/sejam
Q - untuk kelajuan maksimum 160km/sejam
R - untuk kelajuan maksimum 170km/sejam
S - untuk kelajuan maksimum 180km/sejam
T - untuk kelajuan maksimum 190km/sejam
U - untuk kelajuan maksimum 200km/sejam
V - untuk kelajuan maksimum 240km/sejam
Z - untuk kelajuan melebihi 240km/sejam
W - untuk kelajuan maksimum 270km/sejam
Y - untuk kelajuan maksimum 300km/sejam
ZR - untuk kelajuan melebihi 270km/sejam
0 Ulasan