Bengkel Kereta Dryv Malaysia sebenarnya berada tidak jauh dari Gombak. Kami berada di Batu Caves. Kalau pandu kereta dari Gombak tu sekitar 10 minit maksimum dah sampai. Bengkel Kereta Gombak jugalah kiranya, sahabat sejiran.
Pelbagai jenis pembaikan dan penukaran kami lakukan. Termasuklah melakukan enjin overhaul dan penukaran gearbox. Servis air conditioner kenderaan juga ada.
Kalau nak servis terbaik dan harga rahmah, jemput datang ya. Pertanyaan tentang masalah kereta kami beri pandangan secara percuma sahaja, tiada cas. Setelah beri penerangan yang jelas kepada pelanggan, barulah kami biarkan mereka buat pilihan sendiri. Sama ada nak terus sambung dengan kerja kerja membaiki atau tidak. Ada juga pelanggan yang datang sekadar menanyakan pendapat atau pandangan tentang masalah kereta yang mereka hadapi tetapi tidak terus membuat pembaikan. Mungkin mereka kekurangan wang atau ada keperluan lain yang lebih utama. Itu perkara biasa. Tapi insyaAllah, selepas satu atau dua minggu mereka akan datang semula untuk membuat pembaikan. Untuk bantuan kewangan juga kami sediakan. Kami akan berikan maklumat dalam artikel yang akan datang.
OK jemput datang ke Bengkel Kereta Gombak. Bengkel dikawasan kejiranan yang memberikan servis terbaik, berkualiti dengan harga mampu.
|
Alhamdulillah pelanggan hadir dari awal pagi |
|
Pelanggan menunggu dengan setia
|
|
Servis Toyota Bengkel Kereta Gombak
|
|
Penerangan kepada pelanggan |
|
Servis enjin
|
|
Servis Kenderaan Bengkel Kereta Gombak
|
|
Servis enjin kenderaan |
0 Ulasan