Air Cond kereta amat penting. Ramai yang terlepas pandang dengan maintenance air cond. Pemandu kenderaan biasa hanya menjaga bahagian enjin dan juga gearbox tapi tidak menjaga air cond. Alasan mudahnya ialah air cond masih sejuk.
Ya benar, selagi air cond masih sejuk maka pemandu terus pakai tanpa peduli perkara - perkara yang perlu dijaga untuk memastikan air cond kenderaan kekal berfungsi dengan baik dan sejuk.
Ini adalah contoh masalah Cooling Coil Alza yang telah rosak. Biasanya kerana tiada penjagaan yang sempurna. Ataupon memang dah sampai jangka hayat.
Apabila Cooling Coil Alza ni dah tersumbat maka perjalan angin dan pengeluaran angin sejuk itu terganggu.
Kami ambil peluang ni untuk tukar dan buat flushing agar sistem air cond bersih dan berjalan dengan lancar. Dashboard juga kami terpaksa buka sebab nak keluar kan satu part dia melibatkan part yang lain juga. Kerja renyeh tapi takpe, perkara biasa.
Kalau kenderaan anda tidak sejuk atau pon intermittent (kadang - kadang ok, kadang - kadang tak ok), elok lah datang bengkel Dryv buat pemeriksaan. Kami akan cek sekali:
Compressor
Condensor
Valve
Drier
Fan Motor
Fan Assembly
Cooling Coil
Magnetic Clutch
Blower Motor
Hose dan beberapa barang penting yang lain. Kalau nak datang refill isi Gas saja pon bole juga.
0 Ulasan