Recents in Beach

Masalah Enjin dan Pilihan Anda


Apakah simpton yang biasa berlaku pada masalah enjin?

1. Asap berlebihan dari ekzos.
 



smoke from exhaust, repair, ekzos, asap banyak, masalah enjin

Asap putih tebal

                                    
2. Penggunaan petrol/ diesel yang berlebihan.


high fuel consumption, petrol, diesel, consumption, high, fuel

Penggunaan petrol/ diesel berlebihan

                                 

3. Tekanan minyak rendah.


low fuel pressure, pressure, low, fuel, petrol, diesel, gauge

Tekanan minyak rendah
     
                  
 4. Bunyi bising atau bunyi 'Tapping'.




tapping sound

Bunyi tapping




5. Air bercampur minyak.





Air bercampur minyak

                       
6. Minyak bercampur dalam radiator/ permbersih udara.
                              

oil inside radiator, air dalam radiator, bercampur, minyak, air, mix





Punca utama masalah enjin?

Sebenarnya, setiap kenderaan/ kereta yang bergerak setiap hari untuk kegunaan harian pasti mengalami susut nilai dan penurunan prestasi. Perkara yang paling biasa berlaku ialah:


1. Kerosakan komponen berpunca dari susut prestasi (wear & tear)

2. Masalah pelinciran
2. Cuai atau lemah penjagaan
3. Kepanasan melampau

Kenderaan anda rosak teruk, apa yang perlu anda buat sekarang?


Apabila enjin dikategorikan "Mati', ia tidak semestinya bermaksud berakhirlah hayat sesebuah kereta itu. Jadilah pemandu/ pengguna yang bijak. Cuba cari penyelesaian dengan mengkaji punca utama berlakunya kerosakan kenderaan anda. Anda tidak perlu membazir membeli kereta baru dan menambahkan hutang.


Bila kenderaan anda rosak, kadang kala memperbaiki enjin atau menukar enjin baru adalah lebih baik dari menukar kenderaan baru. Tetapi ia bergantung kepada betapa seriusnya masalah enjin kenderaan anda itu. Cuba periksa, mungkin juga ia sebenarnya berpunca dari Gearbox, sistem penyejuk (cooling system), suspensi, mounting atau pon komponen yang lain.


Melakukan overhaul, baik pulih major atau tukar enjin terus??


   Image result for enjin half cut   Image result for enjin half cutImage result for enjin potong      

     

Memilih untuk membaik pulih sepenuhnya enjin asal sebenarnya adalah lebih baik dan kos efektif. Ini kerana enjin asal dapat diketahui sejarah penggunaannya dan cara kendalian oleh pemilik kenderaan tersebut. Buku rekod servis kenderaan boleh dijadikan rujukan awal.


Dan ada juga yang overhaul/servis kerana ada tanda- tanda dibawah:
 
- Konsumsi minyak yang tinggi

- Minyak hitam asik susut
- Timing belt putus

- Asap di ekzos terlalu banyak/ Asap putih

- Bunyi ketukan dari enjin sewaktu pemanduan

- Kereta payah nak start

- Enjin overheat 

- Enjin asyik mati

- Hilang pick-up

- Kebocoran minyak hitam (menitik kelantai)

- Minyak hitam menjadi sangat pekat

- Kotoran minyak hitam disekitar penutup enjin
- Piston bengkok dan sebagainya


Jika ia berlaku, eloklah rujuk segera ke bengkel yang dipercayai untuk minta nasihat lanjut.
 
Dan jika anda memilih untuk membeli enjin dikedai potong (chop shop), maka anda meletakkan diri dalam risiko yang besar. Memang benar harga enjin terpakai (recond) lebih murah, tapi peluang anda ialah 50/50. Jika bernasib baik, maka anda terselamat dari masalah yang lebih besar.

Jika anda memilih untuk menukar sebuah enjin baru yang dibeli dari pengedar yang sah (Authorized Distributor), maka enjin tersebut pasti bernilai hampir separuh dari keseluruhan kereta tersebut! Amat jarang pengguna beli disini.

Kebiasaannya pengguna kenderaan menukar sesebuah enjin kerana ingin menaik taraf CC enjin kenderaan asal mereka. Seperti dari 1.0 naik menjadi 1.3, atau 1.8 naik menjadi 2.0 dan seterusnya.

Ada juga pengguna yang menaik taraf enjin kereta NA (Naturally Aspirated) kepada Turbo, Supercharged dan sebagainya.

 
Contoh harga enjin terpakai:


Proton Perdana V6        RM2500>
Perodua MyVi                RM1500>
BMW E92                      RM7000>
Toyota Estima               RM4000> 


(Upah pasang lain harga, mengikut kedai/ mekanik yang kita jumpa)


Pilihan ditangan anda. Sama ada menukar enjin baru atau pon overhaul saja. Kedua- duanya ada pro dan kon.


Catat Ulasan

0 Ulasan