Recents in Beach

Punca Lampu Cek Enjin Menyala

Lampu Cek Enjin Menyala adalah antara perkara yang paling kerap berlaku kepada sesebuah kereta.

Bila lampu ini menyala maka ramai pemandu akan mula tercari-cari apakah puncanya.

Sebenarnya Lampu Cek Enjin ini adalah sebagai satu indikator atau tanda yang sesebuah kereta mempunyai masalah. Cuma Lampu Cek Enjin tidak menyatakan dengan khusus apakah masalah tersebut. Ini kerana didalam sesebuah kereta terdapat berpuluh - puluh sensor atau bahagian/part yang boleh menjadi rosak. Untuk meletakan pelbagai jenis indikator diruang dashboard panel adalah mustahil kerana ruangnya yang terhad dan tidak praktikal juga kerana ianya akan mengelirukan. Maka Lampu Cek Enjin adalah sebagai penanda umum bahawa sesuatu kereta sedang berlaku masalah.


Lampu Cek Enjin Menyala

Bila Lampu Cek Enjin menyala, eloklah pemandu pergi kebengkel terdekat untuk mendapatkan jawapan yang sebenar dan tepat apakah masalah yang berlaku kepada kereta mereka.

Biasanya pomen atau mekanik akan mengguna mesin scanner untuk mengimbas sistem kesihatan sesebuah kereta. Mesin scanner akan memberitahu apakah masalah yang berlaku dan mekanik boleh terus ambil tindakan untuk memperbaikinya dengan lebih mudah. Mekanik yang mahir biasanya boleh menghidu sedikit bau tengit/ hangit diluar kenderaan, suspek berpunca dari O2 Sensor yang bermasalah.


O2 Sensor Rosak

Ini adalah contoh O2 Sensor (bahagian atas) yang telah rosak dan akan ditukar. Punca utama berlaku kerosakan sukar dipastikan. Mungkin sensitiviti sensor semakin merosot kerana telah terlalu kotor atau pon sudah sampai jangka hayatnya. Apakah fungsi O2 Sensor? Ok kita akan bincangkan dalam blog seterusnya nanti. 


O2 Sensor Baru dan Lama

Sensor lama yang rosak telah ditukar dengan yang baru. Harga sebiji sensor O2 (bahagian atas) bagi sesebuah kereta Toyota Sedan boleh mencecah sehingga RM1200. Ini harga yang original Toyota. Jika anda dapatkan yang original Denso dari kedai spare part, harganya boleh dapat sekitar RM700 sahaja. Jauh bezanya. Malah tiada jaminan (warranty) diberikan! Ya banyak produk kereta yang mahal tapi asli (original) tidak diberikan jaminan. Jangan terkejut, kompressor original Denso juga begitu. 


                                                                 Penukaran O2 Sensor


Tukar sensor yang rosak kepada yang baru sebenarnya tidaklah sukar. Kedudukannya dikawasan enjin sebelum catalytic convertor yang nampak dari atas lebih memudahkan kerja. Tapi bergantung juga kepada jenis kenderaan, lokasinya juga berbeza.

Setelah menukar O2 sensor, mekanik bolehlah reset sistem semula dengan menggunakan mesin scanner. Lampu Cek Enjin yang menyala tadi akan hilang. Sistem kereta akan menggunakan setting terkini dan perjalanan akan menjadi lebih lancar, bila maklumat pembakaran minyak dan udara dapat diberikan dengan lebih tepat.


Catat Ulasan

0 Ulasan