O2 Sensor (Oxygen Sensor) ialah sebuah sensor yang berada didalam sistem ekzos. Ia penting untuk memastikan enjin beroperasi dengan cekap dan mesra alam.
Apakah Fungsi utama O2 Sensor?
1. Mengkur tahap kandungan oksigen didalam sistem ekzos
- Sensor akan mengukur jumlah oksigen yang tidak terbakar dalam gas ekzos
- Untuk mengetahui sama ada campuran udara dan bahan api (petrol/diesel) terlalu tinggi atau rendah
2. Memberikan maklumat kepada ECU
- Untuk melaraskan campuran Udara dan Bahan Api dengan betul (Nisbah yang tepat)
3. Meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api
- Nisbah yang tepat dapat mengimbangi jumlah udara dan bahan api, maka pembakaran lebih sempurna dan enjin jadi lebih cekap.
4. Mengurangkan pencemaran alam sekitar
- Pelbagai jenis gas beracun dapat dikurangkan
5. Menjaga komponen Catalytic Converter
- Memanjangkan jangka hayat komponen
Lokasi O2 Sensor
Biasanya ada di dua tempat:
1. Sebelum Catalytic Converter
- untuk mengawal bahan api
2. Selepas Catalytic Converter
- memantau keberkesanan Catalytic Converter
Tanda - tanda O2 ada masalah:
1. Lampu Cek Enjin Menyala
2. Penggunaan bahan api meningkat
3. Bau petrol atau hangit dari ekzos
4. Enjin menjadi semput dan tidak stabil
0 Ulasan